Sunday, September 26, 2010

Iklim Bumi Yang Semakin Parah...

Kasihan bumi ini... Musnah ekoran bencana alam dan perbuatan MANUSIA. Menggunakan 6 Thinking Hats, apa yang patut dilakukan untuk menangani masalah bumi yang semakin parah??? Gunakan format berikut ya:

1) Topi Hijau
2) Topi Merah
3) Topi Kuning
4) Topi Hitam
5) Topi Biru
6) Topi Putih

16 comments:

  1. Bencana Alam dan manusia.Bumi ini patut sangat dikasihi. Untuk menangani masalah yang semakin parah...
    Hijau)Manusia boleh bekerja lebih keras untuk berfikir pelbagai lagi cara untuk menangani masalah ini.Gunalah akal kita untuk kebaikan bumi.
    Merah)Kita mesti lebih berdoa dan jangan berasa seperti tiada apa-apa berkaitan dengan kita. Kita mesti lebih mengingati tentang bumi.
    Kuning)Kita patut lebih menjaga bumi dan berharap agar orang ramai berbuat sama. percayalah dalam kebaikan hati manusia.seperti yang sering dikatakan,"Tidak pernah terlalu lambat"
    Hitam)Tiada apa-apa yang boleh kita buat.Walauapa-apa pun,manusia lain berpendapat bahawa masalah ini tidak begitu penting. Mereka kata bumi akan tetap ada. Macam mana mahu tukar pendapat mereka?Tiada caranya.
    Biru)Kita patut lebih sedari apa yang akan terjadi jika bumi semakin parah dibandingkan dengan keadaan sekarang. Tiada masa untuk membazir,kita mesti bertindak sekarang juga!
    Putih)Fakta.Fakta sahaja ya? Dengan keadaan bumi yang parah dan 'Global Warming' yang memanaskan bumi ini,'iceberg' akan meleleh dan kedalaman laut akan naik dan akhirnya menyebabkan tempat-tempat yang berada di daerah darat yang rendah dan dekat dengan laut akhirnya tenggelam.
    -Ili

    ReplyDelete
  2. HIJAU (CREATIVE)
    Satu lagi yang harus kita perhatikan ialah kertas tisu. Kadang-kadang kita nampak tisu dibuang merata-rata tempat. Tahukan anda berapa banyak pohon yang ditebang untuk membuat kertas tisu tersebut? Jika kita mahu menyelamatkan bumi, maka sebaiknya hindari menggunakan kertas tisu. Gunakanlah sapu tangan, selain dapat dipergunakan untuk beberapa kali, kita dapat mengurangi penggunaan kertas tisu. Dengan ini, kita akan ikut serta dalam mengurangi kerosakkan hutan, membantu mengurangi jumlah produksi kertas, yang pada akhirnya mengurangi jumlah pohon yang ditebang, serta kita juga ikut berkontribusi menyelamatkan hutan dan bumi kita dari kehancuran.

    MERAH (EMOTIONS)

    Bumi kita ini tidak akan bertahan selamanya, sedangkan kita bergantung pada bumi untuk bertahan hidup. Kita akan binasa semuanya apabila bumi hancur. Ini adalah sangat menakutkan, tetapi kita perlu menyadari bahwa sumber daya bumi terbatas. Penggunaan sumber daya bumi seperti sekarang ini, boleh menyebabkan kehidupan manusia berakhir dalam kehancuran. Inilah sebab mengapa kita harus mengurangkan penggunaan sumber daya bumi.

    KUNING (OPTIMISTIC)
    Sayangi bumi kita, hentikan pemanasan global, itulah yang patut kita semua lakukan. Melindungi hutan iaitu menghentikan “deforestasi”dapat mencegah perubahan iklim.
    Kita harus mengurangkan asap yang dihasilkan kenderaan. Jumlah kendaraan yang membuat udara tercemar juga harus dikurangi. Untuk menyelamatkan bumi kita boleh juga menggunakan energi alternatif seperti sinar matahari.

    HITAM (PESSIMISTIC)
    Menggunakan bahan kimia yang ketelaluan seperti detergen dan bahan pembersih
    yang mengandung phospat boleh membinasakan iklim bumi. Mungkin kita boleh menggunakan bahan pengganti zat kimia dalam rumah dengan jus lemon dicampurkan
    dengan garam dan cuka. (Baju-baju yang dicuci tidak akan bersih)

    BIRU (PROCESS)
    Bencana tsunami pada 26/12/2004 mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh mengambil perkara ini secara ringan. Salah satu cara untuk mengurangkan akibat dari bencana alam adalah menjaga persekitaran kita dengan penuh kebijaksaan.

    PUTIH (FACTS)
    Beberapa tahun ini semakin banyak bencana alam yang terjadi dan fenomena-fenomena alam yang tidak menentu. Banjir di Pakistan pada 22 Julai 2010, puting beliung di Oklahoma pada 10 Mei 2010, tsunami 2004 di Lautan India, gempa bumi di Haiti pada 13 Jan 2010 dan lain-lain lagi. Pemanasan Global juga sedang berlaku. Suatu daerah mungkin mengalami pemanasan, tetapi daerah lain mengalami pendinginan yang tidak wajar. Ini adalah tanda-tanda alam yang menunjukkan bahwa planet kita ini sedang mengalami proses kerusakan yang menuju pada kehancuran.

    ReplyDelete
  3. Bumi ini menjadi semakin parah. Lambat-laun, jika kita tidak melakukan sesuatu, kita juga akan menderita akibat tidak menjaga bumi ini. Menurut pakar-pakar ilmu sains, pemanasan global sebenarnya tidak boleh dihentikan. Namun, dengan aktiviti-aktiviti seharian manusia, kita telah mempercepatkan proses pemanasan global, dan ia akan menjadi lebih pantas lagi jika kita tidak melakukan sesuatu.

    Topi hijau:
    Air semulajadi di bumi ini tidak cukup untuk populasi dunia yang semakin meningkat. Malah, kesedaran orang awam mengenai pentingnya menjimat air sungguh terhad. Oleh itu, kita boleh mengitar semula air yang telah digunakan. Idea ini telah diaplikasikan di Singapura, dan kini kita mempunyai NEWater. Dalam proses mengitar semula air, air kotor itu mengalami beberapa langkah dalam proses pembersihan. Ini menjaminkan kebersihan air itu untuk diminum. Penciptaan NEWater telah memastikan sumber air yang mantap untuk Singapura. Pada masa yang sama, pemerintah haruslah mendidik orang awam mengenai kepentingan menjimat air.

    Topi Putih:
    Pihak berkuasa boleh menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan awam untuk mengurangi keluaran karbon dioksida ke udara. Ini boleh tercapai dengan memulakan kempen atau iklan-iklan yang menunjukkan kebaikan mengambil pengangkutan awam. Harga kereta juga boleh dinaikkan. Dengan cara ini, pembeli kereta akan mempertimbangkan lagi baik daan buruknya memiliki kereta sendiri dan menggunakan pengangkutan awam. Negara itu boleh menetapkan matlamat untuk mengurangkan keluaran karbon dioksida. Contohnya, negara itu boleh menetapkan matlamat untuk mengurangkan keluaran karbon dioksidanya dengan 15 peratus.

    Topi Biru:
    Menganjurkan kempen yang mengajar orang awam cara-cara mereka boleh mengubah kehidupan seharian mereka untuk mengurangkan pemanasan global, walau betapa kecil pun perubahan itu. Jika semua orang melakukannya, pasti kesannya pada bumi ini akan dilipat-gandakan.

    Topi Hitam:
    Mengeluarkan akta-akta seperti akta untuk menghentikan kilang-kilang membuang sampah ke dalam air supaya sungai-sungai yang berdekatan dengan kilang-kilang tersebut tidak tercemar. Pastinya, syarikat yang melanggar peraturan akan didenda atau disaman.

    Topi Kuning:
    Pihak berkuasa boleh mengerahkan pegawai-pegawai untuk meronta tempat-tempat di mana ramai orang mengunjungi, kerana di situlah ramai pengunjung membuang sampah sembarangan. Untuk membolehkan orang awam membuang sampah mereka dengan lebih mudah, lebih tong sampah boleh diletakkan di tempat-tempat awam seperti di pusat membeli-belah, taman permainan dan pantai.

    Topi Merah:
    Filem dan iklan yang menunjukkan akibat-akibat pemanasan global boleh ditayangkan di televisyen. Menayangkan iklan di televisyen merupakan suatu wadah berkomunikasi yang baik kerana ramai orang awam menonton televisyen, biarpun untuk menghiburkan diri atau untuk mendapati informasi terkini. Filem-filem dan iklan-iklan tersebut haruslah berobjektif untuk menarik perhatian penonton dengan menunjukkan kedahsyatan kesan pemanasan global pada kehidupan kita. Penonton akan berasa kasihan akan mangsa-mangsa bencana alam yang disebabkan pemanasan global. Mereka juga akan lebih menyedari betapa pentingnya menjaga alam sekitar.

    Saranan-saranan yang telah saya cadangkan memang boleh dilakukan. Namun, tanpa kerjasama dari setiap orang di dunia ini, usaha pihak berkuasa untuk melambatkan pemanasan global tidak akan membuahkan hasil. Oleh itu, aspek yang paling penting adalah untuk memujuk orang awam untuk membantu dalam usaha mereka.

    ReplyDelete
  4. Sememangnya, bumi terus merana tatkala manusia melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh membinasakan bumi tanpa mengetahuinya. Jika masalah ini berterusan, iklim bumi akan semakin parah. Yang berikut adalah saranan-saranan saya dalam percubaan untuk menangani masalah ini.

    Topi Hijau:
    Metana(Methane) disangka sebagai satu gas yang berbahaya dan ‘beracun’ kerana kewujudan metana bebas menyumbang kepada pemanasan global. Namun, kita boleh menukar keburukannya kepada manfaat yang amat berkesan. Menggunakan peralatan khas, kita boleh menangkap metana yang dirembeskan oleh lembu. Metana tersebut boleh kita bakarkan daripada membiarkannya terlepas di angkasa. Dengan membuat demikian, metana boleh bantu mengurangkan pemanasan global. Manfaatnya apabila dibakar: metana boleh digunakan sebagai sumber tanaga elektrik alternatif untuk peralatan rumah. Pelik tapi benar. :D
    Web rujukan: http://www.learningjoyresources.com/cow.html

    Topi Merah:
    Ciptakan satu video yang effektif tentang akibat-akibat Pemanasan Global untuk disampaikan kepada seluruh kaum manusia. Harap-harap orang ramai akan terasa tersentuh dan sedar akan bahayanya pemanasan global. Dengan itu, mereka boleh membuat langkah positif untuk bantu menangani masalah ini. Kaum Muslimin boleh berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa agar memperbaiki keadaan bumi.

    Topi Putih:
    Hakikatnya, bumi memang tidak akan berkekalan. Kita amat bergantung pada bumi untuk bertahan hidup. Apabila bumi hancur, setiap manusia terpaksa menghembuskan nafas masing-masing yang terakhir. Oleh itu, haruslah kita bersikap lebih bertanggungjawab dalam semua aktiviti yang kita lakukan kerana apa yang kita lakukan boleh mengimplikasikan impak buruk terhadap bumi. Pentingnya bagi manusia untuk menyedari bahawa sumber daya bumi kita ini terbatas. Kurangkanlah dalam penggunaan produk Chlorofluorocarbon (atau CFC) dan elektrik. Contohnya, matikan lampu dan kipas angin jika tidak digunakan. Saranan ini memang mudah untuk dilakukan. Ini menunjukkan bahawa perihal-perihal yang kecil dan mudah boleh turut menyelamatkan bumi. Jika semua orang berkorperatif, semoga bumi akan kekal lebih lama, dengan ada izinNya.

    Topi Hitam:
    Satu saranan yang negatif adalah membunuh semua lembu di dunia ini agar mereka tak lepaskan angin yang mengandungi metana. Dalam ketiadaan lembu di dunia ini, tiada metana yang dapat digenerasikan daripada lembu. Namun, masih ada juga metana yang digenerasi daripada sumber lain seperti sampah-sarap. Sebenarnya, saranan ini negatif dan mungkin tidak berkesan kerana lembu ada banyak gunanya. Lembu menghasilkan susu, keju dan juga adalah makanan untuk manusia. Jika semua lembu dihapuskan, segala nikmat dari lembu juga akan turut lesap. Malahan, tidak semua orang akan bersetuju kalau semua lembu dibunuh, terutama sekali mereka yang memeluk agama Buddhism.

    Topi Kuning:
    Gunakan pengangkutan awam, kayuh basikal atau jalan kaki daripada memandu kereta peribadi . Ini boleh membantu dalam membersihkan udara persekitaran agar lebih segar dan tidak mempunyai gerebu atau asap toxic dari kenderaan banyak. Dengan melakukan demikian, ramai orang boleh menjimatkan wang yang sebelumnya digunakan untuk membeli minyak untuk kenderaan peribadi.

    Topi Biru:
    Kaum manusia boleh menolong walaupun membuat perkara kecil. Semua orang boleh bersihkan tasik, sungai dan laut. Perihal ini mungkin agar menyukarkan tetapi masih boleh diatasi. Buktinya, Sungai Singapura dapat dibersihkan dan dijernihkan walaupun memakan masa hampir sedekad. Kita juga turut berkontribusi menyelamatkan hutan dan bumi kita dari kehancuran dengan menjimatkan kertas, air dan elektrik. Kita semua perlu bijak dalam membuat keputusan. Pertimbangkan jika sesuatu itu harus diganti baru atau boleh diguna semula(contohnya kertas). Dengan ini juga, kita menjimatkan wang dan tenaga yang diperlukan untuk mencipta benda tersebut.

    ReplyDelete
  5. Kita boleh menyelamatkan bumi yang semakin parah kita dengan banyak cara. Dengan menggunakan 6 Thinking Hats, kita dapat melahirkan cara-cara yang berbeza itu.

    TOPI HIJAU:
    Rakyat-rakyat Singapure digalakkan membawa beg sendiri apabila pergi ke pasar supaya penggunaan beg plastik dapat dikurang. Ini dapat menyelamatkan bumi kerana jika kita membakar plastik untuk menghapuskannya, toxik-toxik yang buruk akan dikeluarkan. Lebih banyak plastik yang dibakar, lebih banyak toxik dan gas akan dikeluarkan. Justeru, membawa beg sendiri untuk mengisi barang pasar adalah satu idea yang kreatif untuk menyelamatkan bumi kita.

    TOPI MERAH:
    Menggunakan televisyen, internet dan radio untuk mengiklankan cara-cara menyelamatkan bumi. Dengan ini, ramai yang akan tahu pentingnya perkara ini.

    TOPI KUNING:
    Mengadakan sebuah pertandingan yang menyuruh seseorang untuk membuat sesuatu yang menarik untuk menyelamatkan bumi kita. Pemenang pertandingan itu akan menerima hadiah dan lain-lain lagi. Dengan ini, rakyat-rakyat Singapura boleh berseronok sambil melibatkan diri mereka untuk menyelamatkan bumi ini. Ini akan menimbulkan rasa positif dalam rakyat-rakyat Singapura bahawa kita tidak boleh berputus asa.

    TOPI HITAM:
    Memberi denda atau saman kepada sesiapa yang dilihat membuang sampah sebarangan, mengotorkan sumber-sumber air dan lain-lain lagi. Ini akan mengajar kita supaya tidak akan melakukan perkara-perkara yang memusnahkan bumi.

    TOPI BIRU:
    Di sekolah, pihak berkuasa boleh mengadakan kelas mengajar kanak-kanak pentingnya menjaga bumi kita. Dengan ini, mereka akan belajar sejak kecil dan akan memahami tentang perkara ini. Di tempat awam, pihak berkuasa boleh mengadakan kempen untuk melibatkan semua rakyat-rakyat Singapura untuk bekerjasama menyelamatkan bumi kita ini.

    TOPI PUTIH:
    Pihak berkuasa membuat pengangkutan awam seperti bas dan teksi lebih senang untuk semua orang menaikinya. Ada sebuah tempat khas di dalam bas yang pihak berkuasa melakukan untuk orang yang berkerusi roda supaya dia pun boleh menaiki bas. Teksi pun ada khidmat khas. Teksi ada pintu yang dapat membuka dengan sendiri apabila pemandu teksi itu menekan butang. Dengan ini, jika ada seorang nenek tua yang tidak kuat membuka pintu teksi, pemandu teksi boleh sahaja membukanya tanpa bangun dari tempat duduknya. Pihak berkuasa ingin lebih ramai orang untuk menggunakang pengangkutan awam supaya gas-gas yang tidak baik dapat dikurangkan.

    Dengan cara-cara ini, bumi kita tidak akan dimusnahkan dan hidup akan lebih sejahtera.

    ReplyDelete
  6. Bumi ini adalah rumah kita. Kita patut menjaganya dengan amat berhati-hati. Terdapat beberapa cara untuk kita mengatasi masalah iklim bumi yang semakin parah.

    Hijau:
    Kita boleh menggunakan botol atau tin air yang sudah tidak mengandungi isi sebagai sebuah bekas untuk barang lain. Air juga boleh diguna semula. Kita boleh menggunakan sebuah baldi untuk mengumpulkan air yang digunakan untuk membasuh baju dan mencuci kereta untuk mencuci lantai. Air dari kolam juga boleh digunakan untuk menyiram pokok dan tumbuh-tumbuhan lain. Air sesuatu benda semula jadi yang amat penting bagi kehidupan kita. Kita tidak boleh hidup tanpanya. Kita harus berfikir secara lebih luas supaya dapat menyelamatkan bumi secara lebih seronok.

    Merah:
    Kita juga boleh menggunakan pengangkutan awam. Dengan menggunakan pengangkutan awam, kita dapat mengurangkan gas-gas yang mencemarkan udara. Gas tersebut dikeluarkan daripada kereta. Kita terus bernafas udara kotor. Kita harus memastikan bahawa kita menjaga udara kita dengan baik. Begitulah kita dapat mengurangkan penyakit yang sering dijangkiti secara bernafas udara yang kotor. Kita juga boleh mengadakan lebih kempen dan projek untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat mengatasi masalah ini. Jika kita dapat mempengaruhi masyarakat untuk menyelamatkan kebersihan bumi, kita akan mengurangkan bahan cemar. Kita harus membuat beberapa pengorbanan untuk kebaikan kebersihan bumi.

    Kuning:
    Kita boleh menolong kebersihan bumi hanya dengan memastikan bahawa kita tidak membuang sampah-sarap secara sembarangan. Terdapat banyak tong sampah di sekeliling kita untuk digunakan. Terutamanya jika kita membuangkan barang yang tidak terbiodegradasikan. Kita harus lebih bersikap optimistik dan melakukan apa sahaja yang bermampuan untuk menolong kebersihan bumi.

    Hitam:
    Kita harus mengajar masyarakat cara-cara betul untuk menjaga kebersihan bumi. Jika sesiapa melakukan sesuatu yang salah, seperti membuang sampah sembarangan, kita harus mengambil keputusan untuk menunjuk mereka apa yang patut dilakukan. Setiap orang membuat kesilapan. Kita harus memberitahu mereka kesilapan mereka. Dengan pengetahuan itu, mereka boleh mengubahkan perbuatan mereka untuk kebaikan bumi. Pertunjukan bunga api juga sesuatu pencemar udara. Kita patut mengurangkan pertunjukan-pertunjukan tersebut. Tidak semua orang dapat bermanfaat sewaktu sesuatu masalah sedang berlaku.

    Biru:
    Kita boleh memproseskan barang harian untuk digunakan semula. Jika kita menggunakan semula barang kita, kita dapat mengurangkan sampah-sarap yang sedang terus berkumpul di bumi. Kita boleh menggunakan balik barang kita dengan beberapa cara. Kalau kita ada kertas yang masih boleh digunakan untuk menulis sesuatu, kita tidak harus menggunakan sekeping kertas yang baru. Kita harus memproseskan barang untuk digunakan semula supaya dapat menyelamatkan kebersihan bumi secara serba boleh.

    Putih:
    Kita harus lebih menekankan kepentingan keadaan bumi yang baik. Pemuda-pemudi patut dididiki tentang kepentingan kebersihan bumi semasa mereka masih bersekolah. Jika mereka belajar cara menjaga bumi yang betul, mereka akan membesar dengan sikap-sikap kehidupan yang penting. Semasa mereka masih mudah, mereka juga mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menolong kebersihan bumi. Mereka juga ada lebih peluang untuk mempengaruhi orang lain untuk menjaga bumi dengan berhati-hati. Mereka boleh menghadiri lebih kelas tentang kebersihan bumi. Mereka juga boleh memberitahu orang lain tentang pendapat mereka terhadap kebersihan bumi. Kita harus menggunakan keupayaan kita untuk mengatasi apa-apa masalah kita mengalami.

    Kita harus bertanggungjawab dengan cara kita menjaga kebersihan bumi. Kita tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang mencemarkan alam. Kita harus bekerja keras dan tidak berputus asa untuk mendapatkan iklim bumi yang kurang parah.

    - Naimi Nasser JH101

    ReplyDelete
  7. Salah satu masalah besar dalam dunia ini adalah masalah pemanasan alam. Bawah adalah contoh-contoh yang saya fikir boleh tolong selamatkan dunia yang kita hidup di ini.

    HIJAU
    Salah satu cara menarik untuk cuba hentikan pemanasan alam adalah dengan mengadakan sebuah kempen tentang pemanasan alam. Kempen ini patut meningkatkan kesedaran manusia tentang pemanasan alam dan bagaimana banjir boleh berlaku akibatnya. Selain itu, kempen-kempen patut mengajar manusia bagaimana kami semua boleh tolong selamatkan dunia ini. Aktiviti-aktiviti yang dianjur mereka juga boleh meningkatkan kesedaran mereka tentang pemanasan alam.

    KUNING
    Ada beberapa cara lain yang boleh dicuba untuk hentikan pemanasan alam. Satu cara yang patut dicuba adalah teknik tiga "R": "Reduce, Reuse & Recycle". Manusia patut mengurangkan pembuangan sampah dan kami patut kitar semula. Teknik tiga "R" ini sungguh berkesan dan ia boleh membuat perbezaan yang besar jika semua manusia mengikuti teknik ini. Selain itu, manusia juga boleh menggunakan produk-produk yang tidak mengandungi CFC(chloroflurocarbon). Ini semua cara-cara baik untuk menghentikan pemanasan alam.

    HITAM
    Cara ini adalah untuk berhenti membakar kertas kerana gas yang dihasil apabila kertas dibakar boleh membuat dunia ini menjadi lebih panas. Walau bagaimanapun, membakar kertas adalah salah satu budaya Cina yang telah dilakukan bertahun-tahunan. Cara ini kurang baik kerana ia akan hentikan salah satu adat dan budaya bangsa Cina.

    MERAH
    Salah satu cara baik untuk hentikan pemanasan alam adalah dengan menghentikan pembuangan sampah sembarangan. Sampah perlu dibuang dengan cara betul, iaitu dengan membuangnya di tong sampah. Lagipun, seseorang boleh didenda dan harus membayar saman jika dia membuang sampah sembarangan. Sampah, bila dibakar, juga akan menghasilkan gas yang tidak baik dan gas itu juga akan membuat dunia lebih panas. Oleh itu, manusia perlu mengurangkan sampah yang dibuang dan membuangnya dengan cara yang betul.

    PUTIH
    Cara yang paling senang untuk mengelakkan masalah pemanasan alam adalah dengan menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat. Satu contoh adalah dengan menaiki bas awam untuk ke sekolah atau pejabat setiap hari dan jangan memandu kereta. Ini kerana gas yang dihasil oleh kereta juga bahaya untuk dunia kami dan boleh menyebabkan pemanasan alam. Jika kami menaiki bas awam, kami dapat mengurangkan gas yang dihasilkan oleh kenderaan- kenderaan.

    BIRU
    Dalam keseluruhan, saya fikir teknik tiga "R" ini terbaik kerana is sangat senang untuk dilakukan dan boleh membuat kesan yang agak besar. Budak-budak kecil juga patut beljar tentang tiga "R" ini dan walaupun mereka masih kecil, mereka juga boleh kitar semula dan tolong selamatkan dunia kami. Jika semua orang lebih bertanggungjawab dan bekerjasama untuk cuba hentikan pemanasan alam, tentulah hidup kami akan menjadi lebih selesa dan aman.

    -Farah Izzah JH102

    ReplyDelete
  8. HANS ELFOE JH101

    Topi hijau.
    Kita boleh membuat NEWater supaya kita dapat menjimat air.

    Topi hitam
    Memaksa semua penduduk untuk memungut sampah.

    Topi kuning
    Membuat organisasi untuk penduduk yang sukarelawan untuk membantu membersihkan bumi kami

    Topi putih
    Kita dapat menyuruh ahli bumi untuk mencari cara untuk mengjimat pengunaan kita.

    Topi merah
    Kita membiarkan apa saja yang akan berlaku dan mempercayai tuhan untuk menghakimi kapan bumi kita akan kiamat.

    Topi biru
    Kita dapat mencari semua bantuan yang ada dari seluruh bumi dan memikirkan bersama bagaimana cara cara untuk menghentikan kemusnahan alam kita.

    ReplyDelete
  9. Komentar untuk Ili:
    Saya suka dengan cara Ili menulis seperti mengatakan tentang "Tidak pernah terlalu lambat". Akan tetapi, saya rasa bahawa cara Ili mengatakannya tidak begitu tepat kerana diubah secara terus dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, saya rasa bahawa ini sesuatu komentar yang baik.

    Komentar untuk Sabrina:
    Saya rasa komentar Sabrina ditulis dengan mendalam, dan ini sesuatu komentar yang sangat baik dan boleh digunakkan untuk memberi contoh. Komentar ini tidak terlalu pendek atau panjang, tetapi masih memberikan isi yang padat.

    Komentar untuk Aisyah:
    Komentar ini terlalu panjang sedikit tetapi menghuraikan banyak cara-cara yang baik seperti mengurangkan kewujudan metana. Syabas untuk komentar Aisyah kerana telah mendapat merujuk informasi yang luas.

    Komentar untuk Hans:
    Sesuatu komentar yang terlalu pendek dan tidak dilakukan dengan mendalam. Seharusnya memikir tentang beberapa cara-cara yang original, bukan hanya meniru isi-kandungan di atas.

    ReplyDelete
  10. Saya sangat suka dengan cara-cara topi hijau yang telah ditulis supaya dapat menangani masalah bumi.
    Topi hijau yang menmulis tentang methane sangat menarik dan sangat kreatif.Cara topi hijau itu sesuatu yang tidak pernah saya dengar dan amat menarik hati. Saya berpendapat bahawa jika kita dapat membuat sebegitu untuk seluruh dunia,ada kemungkinan yang besar bahawa dunia kita tidak akan menjadi semakin parah.
    Topi hijau yang menulis tentang NEWater pun kreatif dan sangat benar. Saya rasa jika teknologi NEWater diperbaiki,lebih ramai orang di dunia,bukan Singapura sshaja yang boleh menggunakan NEWater.Jika itu berlaku,masalah air tidak akan meningkat lagi.
    Topi hijau yang menulis tentang membawa beg sendiri apabila pergi membeli-belah sesuatu idea yang baik. Namun,saya berpendapat bahawa kita patut membuatny wajib untuk semua orang membawa beg mereka sendiri.Saya berkata begini kerana masih ada orang yang malas untuk membawa beg mereka sendiri.Inilah orang yang langsung tidak mengendahkan tentang bumi.Jika kita membuatkannya wajib untuk semua orang membawa beg mereka sendiri di seluruh dunia,itulah yang terbaik.Jika mereka terlupa membawa beg,mereka terpaksalah membeli beg(yang boleh digunakan lagi) daripada kedai. Semua kedai patutlah menyediakan beg untuk dijual kepada orang yang todak membawa beg mereka sendiri.
    Topi yang paling saya suka membaca ialah Topi Hikjau.Topi Hijau sangat berguna dan menarik.Lagipun,saya berpendapat bahawa cara-cara yang telah ditulis dapat diaplikasikan jika pemerintah-pemerintah di merata dunia bekerjasama.-Ili

    ReplyDelete
  11. Komentar untuk Farah:

    Idea-idea yang bagus. Saya suka dengan teknik tiga 'R' yang diberikannya. Budak-budak kecil memang sepatut belajar teknik ini kerana saya rasa bahawa ia adalah penting dan senang untuk diingat bagi kanak-kanak kecil.

    Pada kesulurhannya, idea yang baik bagi setiap topi dan huraian bagi setiap idea pun bagus! :)

    Komentar untuk Hans:

    Ideanya baik tetapi harus tambah huraiannya lebih sedikit. Mungkin dia boleh kata mengapa dia memilih idea itu bagi setiap topi.

    Dikomen oleh: Intan Nurshakinah JH101

    ReplyDelete
  12. Komentar saya untuk ulasan Ili:

    Saya rasa ulasan Ili agak mengelirukan kerana dia telah memberikan ulasan yang am. Saya tidak begitu mengerti apa yang ingin disampaikannya. Saranan-saranannya untuk menangani masalah pencemaran alam bagi setiap "Thinking Hat" juga tidak begitu jelas. Mungkin Ili boleh memperbaiki ulasannya dengan memberikan cadangan yang lebih spesifik serta menghuraikannya.(:


    Komentar saya untuk ulasan Arina:

    Arina telah menuliskan ulasan dengan bahasa yang baik. Penggunaan kosa katanya amat menakjubkan. Ulasan yang diberinya sungguh padat dan telah dijelaskan. Sebab-sebab untuk setiap saranan juga disertakan. Ulasannya memang berkualiti. ^^


    Komentar untuk ulasan Hans:
    Pada pendapat saya, Hans telah menulis ulasan yang amat pendek dan ringkas. Walaupun saranan-saranannya diberikan, mereka langsung tidak dihuraikan. Hans macam tidak berusaha atau ikhlas dalam memberikan cadangannya. Ulasan Hans memaparkan personalitinya yang bak kata pepatah ikan yang hanya ingin pulang ke lubuk. Maaf ya...

    ReplyDelete
  13. commenting for naimi dan ili

    Naimi,
    topi hijau: Mengunakan air untuk dipakai lagi ialah idea yang creative. Saya setuju bahawa mengunakan air untuk dimakai lagi dapat menyelamatkan bumi kita.
    topi merah: Saya setuju kerana orang memulai membeli kereta dan mengeluarkan kotoran. Dengan mengunakan pengangkutan awam,lebih sekikit kereta dapat dilihat di jalan. Gas ini sangat beracun dan dapat membuka ozone bumi.
    topi putih: Tetapi tidak semua pemuda mahu belajar tentang merawat bumi dan mereka tidak peduli.
    topi biru:mengunakan barang semula ialah cara yang sangat efektif dan sekarang dilakukan oleh pegawam
    topi hitam: membuang sampah sembarangan ialah melangar perturan. jika awak melihat orang membuang sampah sembarangan, kamu dapat melaporkan kepadai polis.
    topi kuning: saya setuju

    Ili
    topi hijau:saya tidak mengerti
    topi merah:sangat emosional
    topi putih:bumi kita akan banjir jika kita tidak menrawat.
    topi biru:saya setuju
    topi hitam:tetapi kita harus mencari caranya untuk merawat bumi kita
    topi kuning:???

    HANS HANS

    ReplyDelete
  14. Sabrina
    Komentar saya untuk ulasan Ili:
    Saya berpendapat bahawa Ili tidak begitu memahami konsep "6 Thinking Hats", kerana kebanyakan daripada saranan-saranan yang diberikan tidak menangani masalah pencemaran alam. Pada pendapat saya, komennya boleh diperbaiki dengan memberikan saranan yang lebih mendalami suatu aspek pencemaran alam, disertai dengan huraian yang lebih lengkap. (:
    Komentar saya untuk ulasan Aisyah:
    Pada pendapat saya, saranan Aisyah untuk Topi Hitam tidak begitu berkesan, kerana sememangnya, metana yang dilepaskan lembu merupakan faktor yang tidak dapat meninggalkan kesan yang mendalam pada pemanasan global. Seperti dikatakan Aisyah, lembu sebenarnya mempunyai banyak kebaikan seperti daging dan susunya yang digunakan kita dalam pemakanan seharian. Sebagai manusia, kita sendiri akan rugi jika membunuh semua lembu di dunia ini. Tambahan pula, proses memupuskan semua lembu tentunya tidak mudah. Oleh itu, saya berpendapat bahawa saranan ini negatif tetapi tidak begitu logikal.
    Komentar saya untuk Hans:
    Pada pendapat saya, saranan-saranan Hans boleh dihuraikan dengan lebih mendalam. Dia boleh memberitahu bagaimana saranan-saranan tersebut boleh menangani masalah pencemaran alam atau pemanasan global dengan memberikan contoh yang lebih spesifik. Saranannya juga boleh menangani aspek-aspek pencemaran alam yang lain kerana saya berpendapat bahawa kebanyakan daripada saranannya hampir sama. Menyuruh orang lain memungut sampah adalah saranan yang mungkin akan berkesan. Namun, mungkin Hans boleh menyarankan cara lain untuk menangani masalah pencemaran alam selain daripada memaksa atau menyuruh orang awam membuang serta memungut sampah mereka. (:

    ReplyDelete
  15. Komentar untuk Hans:
    Saya bersetuju dengan Hans bahawa air adalah sesuatu yang amat penting untuk dijimatkan dan dengan berfikir secara lebih luas, dan melakukan projek-projek seperti membuat NEWater, kita akan dapat menjimatkan lebih air. Ramai orang sering membuang sampah-sarap secara sembarangan dan kita harus mengambil keputusan untuk menunjukkan mereka apa yang patut dilakukan, dengan cara seperti memaksakan semua penduduk untuk memungut sampah, kerana tidak semua orang dapat bersetuju sewaktu sesuatu masalah sedang berlaku. Kita mungkin boleh mempengaruhi masyarakat untuk membantu membersihkan bumi, dengan melakukan perkara-perkara seperti membuatkan organisasi untuk penduduk yang sukarelawan, kerana kita harus lebih bersikap optimistik untuk menolong kebersihan bumi.

    Komentar untuk Farah:
    Saya juga bersetuju dengan pendapat Farah bahawa kita boleh mengadakan sebuah kempen tentang pemanasan alam untuk mengatasi masalah ini. Kita juga boleh menggunakan teknik tiga "R" untuk mengurangkan sampah-sarap yang sedang terus berkumpul di bumi. Walaupun keadaan alam amat penting untuk dijaga, kita masih harus menghormati adat orang yang berlainan kaum dan memastikan bahawa cara-cara kita menolong alam tidak menjejas budaya mereka.

    -Naimi Nasser JH101

    ReplyDelete
  16. Komentar untuk Naimi

    Idea-idea yang diberi menarik dan say suka idea memproseskan barang harian untuk diguna semula. Dalam keseluruhan, idea-idea yan diberinya sesuai dan relevan dengan topik yang diberi.

    Komentar untuk Intan

    Idea-idea yang diberi agak baik dan relevan dengan topik cara-cara menyelamatkan bumi. Saya suka kepada ideanya tentang mengadakan pertandingan untuk menyuruh orang memberi idea-idea yang menarik untuk menyelamatkan bumi kita. Keseluruhan, Intan telah menggunakan teknik ini dengan baik

    -Farah Izzah

    ReplyDelete