Tuesday, September 21, 2010

Bahayanya Dunia Siber

Betul apa yang dikatakan... "Kalau kita bermain dengan api, mungkin kita akan terbakar". Jadi, kita harus tahu had / batasan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Jadi kita harus peka akan apa yang ada di sekeliling kita, terutama sekali undang-undang yang berkuat kuasa di negara masing-masing. Yang pasti, dalam apa yang kita lakukan, kita tidak keterlaluan. Bagaimana pula dengan pendapat yang lain?

15 comments:

  1. Ili di sini.Saya berpendapat bahawa dunia siber bukan selalunya berbahaya. 'Jika kamu bermain dengan api,kamu akan dibakar'.
    Saya berpendapat jika kita berhati-hati dan tidak pergi ke lelaman web yang tidak baik,kita tidak akan tidak 'dibakar'.Kita pun boleh belajar tentang lelaman-lelaman yang tidak baik dan berhati-hati supaya tidak memasuki lelaman-lelaman tersebut.

    ReplyDelete
  2. "Ramai yang tidak tahu bahayanya dunia siber." Ayat ini sememangnya ayat kenyataan. Khususnya para remaja. Mereka menganggap dunia siber sebagai hal yang 'menyeronokkan'. Tidak pernah terlintas fikiran mereka bahawa perkara-perkara kecil seperti menulis kritikan tentang isu-isu sensitif boleh menyebabkan mereka meringkuk di penjara.

    Salah satu sebabnya adalah mereka berpendapat bahawa tiada yang mampu mengawasi apa yang dilakukan di Internet. Ternyata, mereka salah. Semuanya yang dimuatnaikkan ke blog atau lelaman web interaktif sosial akan dibaca oleh sekurang-kurangnya satu orang asing. Lama-kelamaan, kritikan itu akan tersebar oleh pembaca dan akan menjadi buah mulut para umum. Dari situlah penulis kritikan akan dapat dijejak sekiranya ada kesan buruk dalam penyampaiannya.

    Sebab yang seterusnya pula adalah remaja berfikiran bahawa mereka tidak akan dihantar ke penjara kerana mereka bawah umur. Mungkin itu agak benar, tetapi pengkritik serius(bawah umur 16 tahun)akan dihantar ke Rumah Lelaki/Perempuan Singapura(Singapore Boys’/Girls' Home) atau disebat. Malahan, rekod disiplin ada pada diri sendiri akan dicatatkan. Hal ini akan menjadi masalah besar dalam masa depan remaja tersebut kerana dia akan mendapat kepayahan mencari kerja disebabkan rekod buruk itu.

    Saya setuju dengan komentar yang diberi oleh Ili. Dalam semua perkara tentu ada baik-buruknya. Tentunya dalam dunia siber ini, ada manfaatnya. Contohnya,seseorang dapat berkomunikasi dengan sahabatnya yang tinggal jauh daripadanya melalui ruang sembang atau laman maya. Ini berfaedah kerana seseorang dapat menjalinkan hubungan lebih rapat dengan kawan-kawan walaupun mereka tidak berada di tempat yang sama. Namun juga, ada bahaya dalam Internet: lelaman web atau blog keganasan, propaganda, penghinaan, fitnah, kritikan dan pornografi berlegar bebas.

    Pengguna komputer harus pandai membezakan perkara-perkara yang berunsur negatif daripada yang positif. Sekiranya termasuk laman sesawang yang kurang baik, pengguna komputer haruslah menutup web tersebut dengan pantas agar tidak dipengaruh isi yang ada pada halaman itu.

    Semua orang harus lebih berwaspada pada bahaya dalam alam siber dan lebih mengetahui kesalahan-kesalahan yang boleh melibatkan polis. Contoh kesalahan: menulis kritikan tentang agama, gabenor, selebriti, bangsa, negara dan lain-lain lagi. Mendirikan sebuah kumpulan ganas(menyebabkan huru-hara dalam sesebuah negara dan sebagainya) juga kesilapan besar. Pastinya, penulis blog perlu mengutamakan penyampaian yang berintegriti kerana menulis dalam emosi yang kurang stabil akan menjadi punca sesebuah masalah besar.

    Salah satu saranan pemimpin negara boleh lakukan adalah menolak akses untuk ke semua lelaman web yang kurang sesuai dalam negara itu. Kemungkinan besar, tugas ini amat mencabar untuk dilaksanakan kerana terlalu banyak lelaman web yang kurang baik sudah wujud dalam dunia siber ini. Saranan kedua pula adalah pihak sekolah boleh menyedarkan murid-murid tentang bahaya alam siber serta tindakan yang boleh diambil terhadap kesalahan. Mereka boleh juga menyemaikan sifat kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang munasabah. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menegakkan kesopanan dan disiplin dalam anak mereka.

    ~ Aisyah Lyana, JH101. [Maaf kalau terlalu panjang, saya telah huraikan pandangan saya dengan padat.Hehe.:P]

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Seperti menggunakan pisau untuk memotong buah atau pun untuk membunuh? Itulah dunia siber. Menafaatkan atau pun menjahanamkan diri anda. Tepuk dada, tanya selera. Seperti yang dihuraikan oleh Aisyah,kita mesti mempunyai etika siber kerana ini boleh mengajar diri kita mengenai penggunaan Internet secara selamat dan bertanggung jawap.

    Dunia siber yang juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan seperti maklumat teknologi canggih yang boleh mempercepatkan proses carian maklumat

    Namun dalam dunia siber ini terdapat keburukannya juga dimana gejala sosial boleh terserap dalam corak hidup yang tidak bermoral kerana penerimaan maklumat yang tidak betul.

    Secara keseluruhannya, dunia siber boleh mendatangkan kebaikan mahu pun keburukan. Sebaiknya,kita mesti mendisiplinkan diri ke arah yang boleh memberi faedah dan kebaikan untuk kehidupan yang lebih sihat!

    - Arina

    ReplyDelete
  5. "Dengan kuasa besar datang tanggungjawab yang berat." Itulah kata-kata datuk Peter Parker dalam filem Spiderman. Itu juga pernyataan yang tepat sekali.

    Saya bersetuju dengan Ili dan Aisyah - Pastinya, dalam dunia siber, kita boleh meraih banyak manfaat. Contohnya, menghantar e-mel membolehkan kita berkomunikasi antara satu sama lain walau jauh manapun. Kita juga dapat mencari maklumat dengan pantas dan mudah, dan ruang sembang seperti Facebook serta blog-blog membolehkan kita melahirkan pendapat.

    Namun, kenikmatan ini boleh juga disalahgunakan. Ramai pengguna komputer tidak dapat mengawal perasaan dalam dunia siber. Mereka mengkritik dan membuat fitnah tentang orang lain sesuka hati. Sama ada orang itu musuh, rakan sekelas ataupun seorang pembimbing negara, kritikan tersebut tidak seharusnya dibuat.

    Bayangkan jika anda merupakan kritikan orang lain. Tentu anda akan ambil hati kerana pernyataan itu tidak betul dan semua orang yang menggunakan internet dapat membaca kritikan itu.

    Oleh itu, saya berpendapat bahawa pengguna komputer boleh menikmati kecanggihan dan kemudahan dunia siber dengan menanggung tanggungjawab yang datang dengan kesenangan tersebut.

    -Sabrina(:

    ReplyDelete
  6. Dunia siber mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Ada yang memikir ia terlalu selamat dan ada yang memikir ia sungguh bahaya. Sebenarnya, pengguna-penggunanyalah yang mengawal jika dunia siber selamat atau bahaya.

    Kebanyakan antara pengguna internet berfikiran bahawa internet agak selamat kerana tiada sesiapa yang akan mendapat tahu apa yang dilakukan oleh mereka. Inilah yang memberi pengguna-pengguna fikiran yang mereka boleh membuat apa sahaja di internet. Di situlah masalahnya muncul. Pengguna-pengguna ini akan membuat perkara yang tidak baik seperti mengutuk dan memaki seseorang di internet, memuatnaik gambar-gambar yang tidak senonoh, menipu orang kerana mereka tidak tahu identiti sebenar kamu dan macam-macam lagi yang boleh dilakukan pengguna-pengguna internet.

    Oleh kerana ramai memikir bahawa identiti sebenar mereka disembunyi apabila mereka menggunakan internet, pengguna-pengguna ini fikir bahawa mereka tidak akan didenda jika mereka membuat apa-apa kesalahan di internet. Pernyataan itu mestilah salah. Seseorang perlulah didenda jika berbuat tidak baik. Seperti yang dikatakan aisyah, remaja di bawah umur 16 akan dihantar ke rumah lelaki/perempuan singapura dan mereka yang berumur 17 atau lebih tua akan dihantar ke penjara dan disebat.

    Sebenarnya, dunia siber selamat dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya jika semua orang menggunanya dengan betul. Tetapi, oleh sebab sikap kurang bertanggungjawab manusia, dunia siber menjadi bahaya.

    Pada pendapat saya, dunia siber ada banyak kebaikan seperti mempunyai ruang bersembang seperti Facebook dan Twitter, mempunyai tempat meluangkan fikiran dan menulis perasaan kami di blog, menonton video di YouTube untuk hiburan, dan ada banyak lagi kebaikan. Saya fikir jika manusia bertanggungjawab dan mempunyai etika siber(seperti dikatakan Arina), dunia siber akan menjadi tempat yang selamat untuk digunakan semua orang.

    -Farah Izzah

    ReplyDelete
  7. Perkara-perkara di dunia ini semua ada kebaikannya dan keburukannya. Dunia siber bukan sahaja memanfaatkan tetapi ia juga berbahaya jika kita tersalah gunakannya.

    Memang banyak manfaat kita boleh perolehi dari dunia siber, seperti menghantar emel, mendengar lagu, menonton video, mencari maklumat dan lain-lain lagi. Teknologi kini memberikan kita peluang untuk menggunakan Internet supaya dapat melancarkan dan membuatnya lebih senang untuk berkomunikasi dengan manusia-manusia di negara-negara lain. Tetapi, pengguna-pengguna Internet telah membuat dunia siber yang sempurna ini menjadi dunia yang berbahaya. Contohnya, sesuatu kebaikan adalah menghantar emel. Menghantar emel adalah satu cara yang lancar untuk berkomunikasi dengan orang-orang di dalam mahupun yang di luar negara. Tetapi, menghantar emel juga boleh menjadi sesuatu yang berbahaya. Jika seseorang yang kita tidak kenali menghantar emel kepada kita, apa yang harus dilakukan? Kita tidak tahu jika emel itu bahaya atau tidak. Sebab itulah dunia siber menjadi tempat yang berbahaya.

    Cuba bayangkan dunia siber ini seperti seorang kawan kita. Bila di depan kita, dia seorang yang baik tetapi di depan orang lain pula dia jahat. Bukankah anda akan berasa takut jika ada seseorang kawan seperti yang dibayangkan?

    Dunia siber hanya baik kepada sesiapa yang pandai menggunakannya dan jahat kepada sesiapa yang tersalahgunakannya.

    Pada pendapat saya, dunia siber adalah tempat yang dapat menyenangkan hidup seharian kita dan juga dapat menghiburkan kita. Jika pengguna-pengguna internet dapat belajar cara-cara menjauhkan diri dari keburukan dunia siber, pasti dunia siber ini tidak menjadi lebih buruk dan penggunaan Internet pun akan menjadi lebih aman.

    ~Intan

    ReplyDelete
  8. Komentar untuk Arina:

    Permulaan yang baik. Saya suka dengan bayangan yang diberikan, 'Seperti menggunakan pisau untuk memotong buah atau pun untuk membunuh?'. Saya bersetuju dengan kesimpulannya. Memang betul dunia siber boleh mendatangkan kebaikan mahupun keburukan. Mungkin Arina boleh tambah pendapatnya sedikit.

    Komentar untuk Aisyah:

    Syabas! Permulaannya menarik. Aisyah telah memberikan sebab-sebabnya dengan jelas. Dia juga memberikan contoh-contoh dan saranan. Penggunaan bahasanya sungguh baik.

    Saranan yang diberikan memang betul. Memang sepatutnya pemimpin negara menolak akses untuk ke semua lelaman web yang kurang sesuai dalam negara itu. Kesuluruhannya, huraian Aisyah padat dan baik.

    Komentar untuk Ili:

    Bagus! Ili menggunakan peribahasa untuk memulakan huraiannya. Dia juga memberi pendapatnya. Mungkin Ili boleh huraikan apa yang boleh kita belajar untuk mengelak dari lelaman-lelaman web yang tidak baik.

    Komentar untuk Sabrina:

    Baik! Sabrina menggunakan kenyataan dari sebuah filem. Huraiannya tidak pendek ataupun terlalu panjang.

    Saya bersetuju dengan bayangan yang diberikannya, 'Bayangkan jika anda merupakan kritikan orang lain.'

    Saya bersetuju dengan pendapatnya yang diberikan. Memang betul jika seseorang menanggung tanggungjawabnya dengan senang akan menikmati kebaikan komputer.

    Dikomen oleh: Intan Nurshakinah JH101

    ReplyDelete
  9. Komentar untuk Sabrina:

    Permulaan yang menarik kerana dia telah mengambil satu kenyataan dari filem Spiderman, yang dikatakan oleh datuk Peter Parker. Contoh-contoh yang telah diberi baik kerana agak relevan dengan dunia siber. Pendapat yang diberi juga baik. Isinya juga menepati soalannya.

    Komentar untuk Arina:

    Bayangan yang diberikan agak sesuai. Baik kerana telah menyentuh tentang etika siber. Isi yang diberi baik kerana telah menulis tentang kebaikan dan keburukan dunia siber. Kesimpulannya bagus kerana nasihat juga diberi.

    Komentar untuk Intan:

    COntoh-contoh yang diberi relevan dan isinya baik kerana dia telah menyentuh tentang kebaikkan dan keburukkan contoh-contohnya. Isinya juga agak mendalam dan bayangan yang diberikan menarik. Pendapat yang baik telah diberikan kerana beberapa senario tentang dunia siber telah diberi.

    Komentar untuk Aisyah:

    Permulaan yang baik. Semua isinya begitu mendalam dan pendapat-pendapat yang diberinya sesuai dan relevan dengan apa yang ditulisnya. Contoh-contoh yang diberi juga relevan dengan dunia siber kerana hampir semua contoh-contohnya realistik. Nasihat yang diberi juga bagus. Keseluruhannya, komennya agak baik.

    -Farah Izzah JH102

    ReplyDelete
  10. Komentar untuk Ili:
    Sesuatu pentapat yang pendek sedikit tetapi ada kebaikannya seperti yang dikatakan, "Jika kamu bermain dengan api, kamu akan dibakar." Syabas! :D

    Komentar untuk Intan:
    Sesuatu komentar yang baik. Ada banyak pembayangan dan pendapat. Ada juga isi tentang kebaikan dan juga keburukkan dunia siber. Sesuatu komen yang cemerlang! :D

    ReplyDelete
  11. Sabrina

    Komentar saya untuk ulasan Farah:
    Saya bersetuju dengan komennya mengenai kepentingan mendenda orang yang menyalahgunakan lelaman web sesawang. Ini kerana mereka harus sedar akan kesalahan mereka dan setelah didenda, berjuang untuk mengelak dari melakukannya lagi. Namun, tidak semua orang yang berjenayah dapat ditangkap. Kebanyakan daripada penjenayah ini menggunakan identiti palsu. Identiti-identiti ini sering direka untuk menarik perhatian pengguna internet yang lain. Satu contoh ialah perogol. Ramai perogol menggunakan identiti palsu untuk berkawan dengan mangsa-mangsa mereka dan merancang untuk bertemu, lalu merogol mereka apabila dapat bertemu dengan mangsa mereka. Polis juga tidak dapat mencari penjenayah itu kerana identitinya yang palsu. Oleh itu, pengguna internet haruslah berhati-hati, terutamanya ketika dalam ruang sembang.

    Komentar saya untuk ulasan Intan:
    Saya bersetuju dengan Intan. Penciptaan computer dan internet telah memperbaiki kehidupan kita dalam banyak aspek. Kini, kita boleh menghasilkan kerja yang lebih berkualiti, serta menghilangkan tekanan dengan bermain permainan computer dan lain-lain lagi. Namun, ia telah disalahgunakan dan kini, dunia siber tidak lagi sempurna seperti yang dahulu. Ramai orang telah mengambil kesempatan dengan kenikmatan ini untuk keuntungan peribadi bagai Belanda minta tanah.

    Komentar saya untuk Aisyah:
    Saya berpendapat bahawa saranan Aisyah untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahayanya dunia siber sangat berkesan. Pada pendapat saya, menyemai nilai-nilai murni sejak kecil amat penting kerana nilai-nilai tersebut akan dibawa mereka sehingga mereka telah dewasa. Ia juga lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak kecil kerana mereka lebih rela untuk belajar.

    ReplyDelete
  12. Komentar untuk Ili:
    Saya bersetuju dengan Ili bahawa dunia siber bukan selalunya berbahaya. Kita tidak akan dihukum jika kita lebih bersemangat untuk memastikan bahawa lelaman-lelaman web yang kita melawati dapat diterima. Kita juga boleh lebih berhati-hati untuk mengelekkan lelamam-lelaman yang tidak baik.

    Komentar untuk Arina:
    Saya juga bersetuju dengan pendapat Arina bahawa yang penting adalah keputusan kita terhadap lelaman-lelaman yang patut dilawati. Kita harus melawati lelaman-lelaman yang diterima untuk belajar lebih tentang penggunaan Internet secara bertanggungjawab dan tidak berbahaya. Dengan teknologi canggih masa kini, dunia siber sebenarnya mempunyai banyak kelebihan dan membolehkan kita untuk mencari maklumat dengan lebih pantas.

    -Naimi Nasser JH101

    ReplyDelete
  13. HANS ELFOE SJAICHUDIN
    -Komen untuk Ili
    Saya setuju dengan apa yang Ili kata. Kita mungkin terbakar jika kita bermain dengan api. Jika kita tidak berhati hati dengan web yang kita buka, kita mungkin terpengaruh dengan lelaman yang tidak baik. Beberapa murid telah terpengaruh oleh lelaman seperti lelaman racism. Lelaman seperti itu dapat menghancurkan hidup orang.

    -komen untuk Arina
    Saya bersetuju dengan apa yang Arina kata. Dunia siber sekarang semakin canggih. Jika dunia siber semakin canggih, kita semakin mendapat banyak kebaikan dan keburukan. Di dalam dunia siber, kita dapat bertemu dengan sesiapa saja dan semua orang di dunia dalam internet. Jika kita bertemu dengan orang yang jahat, kita terdaat dipengaruhi juga. Jadi, dunia siber mempunyai banyak kebaikan dan keburukan.

    ReplyDelete
  14. Ramai pengguna dunia siber tidak sedar akan bahayanya. Remaja-remaja selalu hanya tahu tentang perasaan seronok mereka semasa menggunakan dunia siber. Mereka tidak sedar bahawa mereka boleh dihukum dengan dipenjara jika terhantar komentar atau kritikan yang mungkin akan menyakiti orang tertentu.

    Dunia siber sebenarnya mempunyai banyak manfaat dan membolehkan kita untuk mencari maklumat dengan lebih cepat terutamanya dengan teknologi termaju masa kini.

    Namun, ramai orang masih mengguna keseronokan dunia siber dengan cara yang buruk. Mereka tidak menjaga perasaan mereka lalu menghantar komentar dan kritikan tentang orang lain, yang mungkin menyakiti orang tersebut, secara sesuka hati. Mereka tidak patut menghantar kritikan buruk itu dalam keadaan apapun.

    Jika pengguna-pengguna dunia siber menggunakannya dengan betul dan selamat, mereka tidak akan dihukum. Dunia siber hanya berbahaya kerana beberapa penggunanya bersikap kurang bertanggungjawab.

    Dunia siber sesuatu alat teknologi yang menghiburkan dan menyenangkan cara hidup kita. Penggunaan Internet, terutamanya dunia siber, akan menjadi lebih bahagia jika pengguna-penggunanya belajar menggunanya dengan betul.

    -Naimi Nasser JH101

    ReplyDelete
  15. Komentar saya untuk ulasan Sabrina:

    Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan Sabrina. Dalam dunia siber, memanglah kita boleh meraih banyak manfaat tetapi kenikmatan tersebut boleh juga disalahgunakan. Pada pendapat saya, semua orang patut lebih bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Kalaulah seseorang dikritik, pastinya orang itu akan berasa malu dan kecil hati. Sebabnya, kritikan itu disiarkan di lelaman web, di mana sejagat manusia boleh melihatnya.


    Komentar saya untuk ulasan Arina:

    "Seperti menggunakan pisau untuk memotong buah atau untuk membunuh."
    Peribahasa tersebut sememangnya tepat dalam topik ini. Seperti yang dikatakan Arina, perkara yang baik memanfaatkan, perkara yang buruk merugikan.
    Pada pendapat saya, alam siber dapat mendatangkan faedah serta kerugian. Namun, ini agak normal dalam hidup manusia di dunia ini kerana dalam segalanya yang kita lakukan, pasti ada kebaikan mahupun keburukan. Sebaiknya, sifat disiplin dan nilai-nilai murni perlu disemaikan dalam kaum manusia, lagi-lagi kanak-kanak. Kanak-kanak lebih senang untuk diajar kerana mereka naif dan lebih rela untuk belajar. Secara tidak langsung, Internet juga adalah ujian sama ada manusia berpegang teguh pada agama.

    - Aisyah Lyana JH101

    ReplyDelete